Generasi muda ketika ini mungkin lebih gemar untuk ke mana-mana menggunakan pengangkutan awam sahaja. Tidak semua mampu memiliki kereta dan mungkin ada yang tidak mahu pun memiliki kereta buat masa terdekat. Bila sudah ada kereta, kena fikir tentang minyak, cukai jalan, tol dan maintenance fee lagi.

Kalau anda ke shopping mall pula di hujung minggu, masalah pula nak cari parking. Mesti tiap masa akan penuh! Kadang kita nak cepat dan terpaksalah parking di mana yang kosong. Kalau salah parking pula, habis kena clamp. Kena fikir nak bayar saman.

UBER – Car Clamp

Tetapi kadangkala kita perlu ke sesuatu lokasi yang jauh daripada fasiliti pengangkutan awam seperti LRT atau MRT. Kalau naik bas, takut lambat pula sebab bas semestinya akan berhenti di banyak lokasi. Jadi apa option yang kita ada? Jangan risau, Uber kan ada.

Bagi yang sudah menggunakan servis ini, pasti tahu dengan servis ini yang mudah, sesuai dan casnya yang munasabah. Dengan Uber, anda hanya perlu menekan aplikasi Uber dan masukkan destinasi yang anda ingin tuju dan kenderaan jenis apa yang anda mahukan. Anda hanya perlu tunggu kenderaan anda sampai dan bawa anda ke destinasi yang ingin dituju.

Kalau anda tak cuba, anda tak tahu keindahan perkhidmatan Uber ini. Yang paling penting, pertama anda perlu muat turun dahulu aplikasi ini menerusi Google Play dan Apple Store. Kemudiannya anda hanya perlu mendaftar dengan memasukkan alamat email anda dan satu kod pengesahan akan dihantar terus ke telefon anda. Sekarang anda sudah sedia untuk memulakan perjalanan Uber anda yang pertama!

Jadi apa kelebihan perkhidmatan Uber ini berbanding servis yang lain? Mari kita pergi satu persatu.

1. Pilihan kenderaan

uber 1

Anda boleh pilih kenderaan apa yang anda mahu. Jika anda mahu kenderaan yang biasa, anda boleh ambil uberX yang boleh memuatkan sehingga 4 orang. Untuk kumpulan yang lebih besar, boleh pilih uberXL yang dapat menempatkan sehingga 6 orang. Kalau anda hendak naik kenderaan yang awesome, cuba UberBLACK. Dari segi bayaran pula, anda bayar harga yang tertera pada aplikasi Uber sahaja. Tiada cas tambahan.

2. Perubahan lokasi

IMG_2404

Kadangkala kita tergesa-gesa untuk ke sesuatu lokasi dan ter-tag tempat yang salah ketika menempah. Tetapi tiada masalah kerana anda masih lagi boleh edit sebelum kenderaan anda sampai. Caranya, tekan butang ‘Edit’ dan tuliskan nama lokasi baharu anda dan tekan ‘Confirm’. Namun pertambahan tambang mungkin berlaku bergantung kepada jarak, laluan dan masa untuk anda sampai ke tempat baharu itu.

3. Pengenalan pemandu

Sebelum anda tiba, details tentang pemandu yang akan mengambil anda termasuk nombor plat kenderaan dan nombor telefon turut dikongsi bersama. Jadi anda akan kenal siapa yang akan pick up anda nanti. Bagus bukan? Dan kalau anda sukan pemandu anda itu, anda juga boleh beri response positif kepada beliau. Semakin banyak bintang, semakin baguslah servis pemandu itu kepada pelanggannya.

4. Sistem bayaran

Anda boleh bayar terus melalui wang ringgit. Kalau anda tak ada wang tunai yang cukup ketika itu, ada option kad kredit juga. Senang bukan?

5. Tempahan awal

uber 5

Katalah anda perlu ke lapangan terbang awal dan tiada rakan anda yang available untuk hantar anda ke lapangan terbang. Anda boleh buat tempahan awal beberapa jam awal kalau-kalau anda takut terlepas kapal terbang. Uber ada fungsi ‘Schedule A Ride’ di mana anda boleh buat pesanan dalam jangkamasa 15 minit sehingga 30 hari lebih awal pada masa yang anda ingin diambil.

Perkhidmatan Uber juga kini sudah berada di 15 bandar seluruh negara; Kuala Lumpur, Johor Bahru, Penang, Ipoh, Seremban, Batu Pahat, Langkawi, Melaka, Kuala Terengganu, Kuantan, Alor Setar, Kuching, Miri, Kota Kinabalu dan Sandakan.

Jadi kalau anda memerlukan transportasi yang cepat dan selesa, Uber kan ada. Cuba tanya rakan-rakan yang pernah menggunakan serivs ini. Rata-rata pastinya akan beri respon yang positif dengan perkhidmatan ini. Kalau tak cuba, maka tak cinta. Cuba Uber hari ini!

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤