Kunyit adalah salah satu ramuan yang sering digunakan di dalam masakan. Ia juga mengandungi banyak manfaat kesihatan terutamanya untuk kegunaan anti-radang dan antioksidan.

Antara khasiat lain pula adalah ia boleh digunakan sebagai bedak kerana mempunyai khasiat untuk menghilangkan jerawat, hiperpigmentasi dan mampu menghilangkan parut luka pada kulit, lapor pakar kesihatan.

Namun bagi anak gadis ini, kunyit yang beliau gunakan untuk membuat topeng muka seperti yang disarankan oleh ibunya telah bertukar menjadi mimpi ngeri oleh wanita ini.

https://twitter.com/ibuibuyakult/status/1317485933554331650?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1317485933554331650%7Ctwgr%5Eshare_3%2Ccontainerclick_1&ref_url=https%3A%2F%2Fworldofbuzz.com%2Fwhy-is-the-yellow-not-washing-off-girl-accidentally-stains-her-skin-after-using-turmeric-mask%2F

Seorang pengguna Twitter dari Indonesia dengan nama @Ibuibuyakult berkongsi satu ciapan dengan wajahnya berwarna kuning dipercayai terjadi setelah dia menggunakan kunyit sebagai topeng muka.

“Kata mama kunyit baik dipakai untuk dijadikan topeng muka tetapi mengapa warna KUNINGNYA TIDAK HILANG,” katanya dalam satu ciapan yang diakhiri dengan mengucap.

Sejak dimuat naik, ciapan tersebut telah berjaya menarik ramai netizen. Kebanyakan daripada mereka ketawa dengan apa yang terjadi kepada gadis tersebut dan ada juga yang bersimpati.

“Kamu gunakan kunyit terlalu banyak! Saya pernah menggunakan kunyit di sebelum ini tetapi tidak pernah meninggalkan warna kuning. Cuba gunakan kunyit yang dicampur dengan oatmeal dan susu tepung, bukan hanya kunyit,” kata seorang netizen.

Salah seorang netizen lagi menyarankan kepada beliau untuk menggunakan ‘bahan pencuci’, “Cuba dulu ditangan awak, sebab kalau awak pakai bahan pencuci di mukakan panas.”

“YA ALLAH akhirnya aku tahu, kalian boleh jadi kuning bukan disebabkan azab tetapi sebab guna topeng kunyit.” Kata pengguna Twitter yang lain.

Walaupun warnanya dikatakan sukar untuk hilang, namun dia berjaya menghilangkan warna kuning di bahagian muka tersebut selama dua hari, tetapi dengan usaha yang tinggi.

Sebelum ini, Juliana Evans diundi sebagai 100 wanita tercantik di dunia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Juliana Evans Diundi 100 Wanita Tercantik Dunia, Atasi Taylor Swift Dan Emma Stone

Cantik Tetapi Psiko, Kisah Di Sebalik Gadis Berbaju Penjara Yang Tular Di Media Sosial