Sekiranya anda membesar pada zaman hujung 80-an atau awal 90-an kami yakin siri filem Back to the Future pastinya memberi kesan besar buat anda. Menampilkan dunia moden serta kereta terbang sedikit sebanyak memberi gambaran kepada orang ramai mengenai masa depan.

Terbaharu, tular di Facebook Group Sarawak Car For Sale apabila terdapat seorang individu sedia untuk menjual kereta DeLorean selaku kereta rasmi filem Back to the Future miliknya.

Amirudin Shari
HYPE
Lihat Salah Satu Norma Baharu Dalam Menyambut Hari Raya Aidilfitri Tahun Ini
Baca lagi →
82339127_10216192502990871_4009184900883152896_n

Sumber: Sarawak Car For Sale

Perkongsian beliau berjaya membuatkan orang ramai teruja sekaligus mengejutkan ramai melihat kereta yang sangat rare ini berada di Malaysia.

Walau bagaimanapun, perkongsian beliau turut mengundang komen daripada salah seorang netizen yang menyatakan bumi Sarawak sebenarnya memiliki lebih daripada satu model DeLorean dimana salah satu daripadanya adalah di Miri.

82542847_10158076920038324_2777142440757297152_n

Sumber: Facebook Alan Kong

Difahamkan pemilik model kereta rare dari Miri ini berjaya mendapatkannya daripada Sultan Brunei selepas beliau berminat untuk melepaskannya sebelum ini.

Walau bagaimanapun, khas buat anda selaku peminat filem Back to the Future dan mahu merealisasikan impian memiliki ‘kereta terbang’ ikonik ini, model kereta DeLorean ini sedia untuk dimiliki dengan harga RM198,000. Anda boleh klik di sini untuk melihat dengan lebih lanjut.

Sebelum ini, dilaporkan kereta DeLorean bakal kembali ke pasaran. Selain itu, ketahui 10 ramalan Back to the Future II yang sudah berjaya menjadi kenyataan.

Kenderaan “Back To The Future” Ini Akan Kembali Di Pasaran

10 Ramalan Back To The Future II Yang Menjadi Kenyataan

Anda Mungkin Suka