DeLorean, kenderaan yang menempa namanya di dalam filem “Back To The Future” akan kembali dipasarkan! Kenderaan yang diberhentikan pengeluarannya sejak 35 tahun lalu kini akan dibikin kembali oleh pengeluarnya, DeLorean Motor Company. Menurut CEO DeLorean , Stephen Wynne, ianya satu mimpi yang menjadi kenyataan untuk kembali memasarkan kenderaan ini. Berita ini semestinya membuat peminat filem trilogi “Back To The Future” sangat teruja.

DeLorean ini akan dibuat sepenuhnya di Amerika dan akan dikeluarkan dalam jumlah yang terhad. DeLorean Motor Company akan cuba mengekalkan 100% bentuk DeLorean yang asal. Wynne menganggarkan mereka dapat membuat dalam 300 buah kenderaan itu sebaik sahaja produksi kereta itu bermula. Beliau menganggarkan kenderaan itu akan dijual pada harga bawah USD100,000 (lebih kurang RM440,000) bergantung kepada jenis enjin yang akan diguna pakai terhadap kereta itu kelak. Untuk perbandingan, harga semasa satu DeLorean tahun 1982 yang siap dibaik pulih adalah sekitar USD45,000 – USD55,000 (Antara RM198,000 – RM247,000). Wanne berharap untuk mengeluarkan kereta ini pada tahun 2017.

Bagi penggemar kereta, ini adalah satu berita baik untuk cuba mendapatkan kereta ini kerana kereta ini boleh dianggap sebagai salah satu icon dalam dunia perfileman Hollywood. Siapa tahu TMJ mungkin berminat untuk mendapatkan kereta ini?

Back to the Future DeLorean Time Machine

delorean-production-4

delorean-production-5

Sumber