Bagi memastikan Malaysia berjaya mencipta imuniti kelompok menjelang akhir tahun ini, pihak kerajaan telah menyediakan beberapa kereta peronda polis bagi memastikan kelancaran penghantaran bekalan vaksin ke sesuatu lokasi. Namun, ‘malang tidak berbau’ masih tetap boleh berlaku semasa dalam perjalanan.

Memetik laporan Astro Awani, sebuah Nissan X-Trail milik Jabatan Kesihatan Daerah Pekan terbabas akibat terlanggar babi semasa dalam perjalanan menuju ke Klinik Kesihatan Chini di Pekan untuk menghantar bekalan vaksin, kira-kira jam 9 pagi, pada Rabu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, pemandu kenderaan itu yang berusia 46 tahun dan seorang pegawai farmasi berusia 39 tahun tidak cedera dalam kemalangan di Kilometer 10 Jalan Pekan-Batu Balik itu.

“Ketika kejadian, kenderaan pacuan empat roda berkenaan diiringi kereta peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan menghala ke Klinik Kesihatan Chini untuk menghantar bekalan vaksin Covid-19.

“Kenderaan terbabit mengalami kerosakan pada bahagian hadapan dan tepi dan sudah dihantar ke unit kenderaan Jabatan bagi tujuan pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambah Mohd Zaidi lagi, pemandu tersebut juga telah membuat laporan mengenai insiden kemalangan tersebut kira-kira jam 1.30 petang pada hari sama.

Dalam satu berita lain, negeri Kelantan akan hentikan penggunaan vaksin Sinovac dan akan digantikan dengan vaksin Pfizer.

Kelantan Bakal Hentikan Agihan Vaksin Sinovac, Digantikan Dengan Vaksin Pfizer

Malaysia Bakal Hentikan Penggunaan Vaksin Sinovac Selepas Bekalan Tamat

Sumber