Syarikat automobil Rusia, GAZ iaitu Gorkovsky Avtomobilny Zavod atau Gorky Automobile Plant telah menghasilkan kenderaan komando 4×4 APC Tigr Gaz.

Kenderaan tanpa pemandu (drone) ini merupakan antara yang tercanggih dengan beberapa spesifikasi seperti enjin Cummins 5.9 L (360 cu in) B180.

Boleh dikawal dengan menggunakan alat kawalan jauh dengan kelajuan 140 kilometer di atas jalan tar ataupun 80 kilometer di atas permukaan salji atau tanah, kenderaan pancuan empat roda ini turut dilengkapi dengan persenjataan yang moden dan sesuai untuk pertempuan.

Antaranya ialah mesin gun 7.2 mm dan 30 mm automatik machine gun. Ia boleh menembak tepat pada sasaran walaupun dikawal dari jarak jauh.

Ruangan dalam kenderaan ini boleh menempatkan 10 orang askar pada satu-satu masa berkemampuan meredah kawasan air paya, bukit-bukau dan juga salji. Ia kenderaan termoden untuk mengangkut askar ketika perperangan.

Syarikat GAZ juga mengeluarkan kenderaan ini untuk orang awam di mana ia hampir mirip Hammer H1 tetapi mempunyai kelainan dari segi kuasa enjin dan kelajuan.

Sekarang kenderaan ini masih lagi dalam peringkat penyelidikan dan pembangunan oleh pihak Rusia. Sejak krisis Ukraine, peningkatan perbelanjaan negara Rusia dalam pembangunan ketenteraan semakin meningkat. Semestinya negara Amerika Syarikat juga tahu perihal ini.