Baru-baru ini Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura telah menahan dua lelaki dan seorang wanita kerana gagal berhenti di balai pelepasan imigresen di Pusat Pemeriksaan Tuas dan pelbagai kesalahan lain.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Menurut kenyataan rasmi ICA, sekitar pukul 2.14 pagi Jumaat, sebuah kenderaan dengan nombor pendaftaran Malaysia yang dipandu seorang lelaki warga Singapura telah berjaya mengelak pemeriksaan di balai pelepasan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) Malaysia lalu memecut ke arah Singapura sambil dikejar Polis Trafik Malaysia.

Kenderaan itu dikesan oleh Pegawai Polis Bantuan, yang dikerahkan di pintu masuk Pusat Pemeriksaan Tuas menghala ke Malaysia. Dia segera mengaktifkan penggera dan pusat pemeriksaan dikunci tanpa serta-merta.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Bagaimanapun, pemandu itu cuba meloloskan diri melalui lorong pelepasan motosikal automatik, tetapi gagal oleh kerana laluan itu terlalu sempit dan kenderaan itu hilang kawalan lalu merempuh kaunter.

Seorang pegawai ICA mengalami kecederaan ringan pada buku lali kanannya semasa cuba menahan kenderaan terbabit. Pemandu itu kemudiannya ditahan oleh pihak berkuasa Singapura.

Terdapat dua lagi penumpang dalam kenderaan tersebut; seorang lelaki warga China dan seorang wanita warga Vietnam (berdasarkan pengisytiharan), cuba melarikan diri dari lokasi kejadian tetapi berjaya ditahan oleh Pegawai Polis Bantuan.

Hasil siasatan awal mendapati pemandu kenderaan itu dikehendaki oleh Polis dan Biro Narkotik Pusat (CNB), dan didakwa memiliki pasport Singapura palsu dan didapati positif dadah.

“Manakala penumpang wanita mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika cuba melarikan diri. Dia dan penumpang lelaki didapati tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.”

“Ketiga-tiganya telah ditahan oleh pihak polis dan siasatan masih diteruskan. ICA memandang serius percubaan memasuki Singapura secara haram dan memiliki dokumen perjalanan palsu Singapura. Di bawah Akta Imigresen (Cap 133), pesalah yang didapati bersalah masuk secara haram boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan dan sekurang-kurangnya tiga sebatan.

“Di bawah Akta Pasport, pesalah yang didapati bersalah memiliki dokumen perjalanan palsu Singapura boleh didenda tidak melebihi SGD10,000 (RM30,960) atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya,” kata ICA.

Tambah pihak berkuasa imigresen Singapura lagi, bagi kesalahan melakukan kerosakan harta benda kerajaan, pesalah kali pertama boleh didenda sehingga SGD2,000 (RM6,192), atau penjara sehingga 3 tahun, dan sebatan.

Sementara itu pihak berkuasa Malaysia akan menahan warga Singapura keluar dari negara ini atas sebab gagal jelaskan saman.

108,757 Saman Belum Dijelaskan, Warga Singapura Bakal Dihalang Keluar Dari Malaysia

Mod ‘Auto-Pilot’ Dilarang Di Malaysia, PDRM Akan Buka Kertas Siasatan Terhadap Pasangan Singapura

Polis Buka Kertas Siasatan Cari Pemandu BMW Singapura Memandu Secara Melulu