Kita telah lama dihadam dengan idea masa hadapan akan dipenuhi dengan kenderaan terbang. Jangan terkejut jika masa depan itu tiba lebih awal dari sangkaan anda. AeroMobile, salah satu syarikat yang memfokuskan kepada pembangunan kenderaan yang boleh terbang telah memperlihatkan ciptaan terkini mereka iaitu AeroMobil 3.0 – prototaip yang dijangka akan mula dipasarkan seawal 2017.

AeroMobile 3.0 mempunyai tahap kelajuan tertinggi 124mph dan mampu terbang pada kelajuan 90mph sahaja. Melalui prototaip AeroMobile, ia memperlihatkan sayap yang perlu dilipat apabila digunakan sebagai kenderaan dan sayap perlu dibuka sekiranya ingin terbang. Kerangka AeroMobile 3.0 diperbuat sepenuhnya daripada carbon-coated steel dan mampu bergerak sejauh 430 batu dengan tangki penuh.

Lihat Video di bawah bagaimana AeroMobile 3.0 berfungsi sepenuhnya.

am_foto_01 (1)

am_foto_09

am_foto_08

am_foto_06

am_foto_05

am_foto_04

am_foto_03