Selangor Food Mega Festival kembali lagi untuk tahun ini. Menarik Food Mega Festival tahun ini adalah adanya durian buffet untuk peminat setia durian.

Kendurian mungkin acara makan durian terbesar untuk tahun ini. Dengar khabar hampir 30 tan durian akan disediakan pihak penganjur untuk anda peminat tegar durian di luar sana. Harganya pula memang tak masuk akal. Hanya RM19 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak bawah 18 tahun. Ada juga cendol durian yang akan dijual pada harga RM7 setiap hidangan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/BXJ_S5iB8Sq

Disamping itu, lebih 100 vendor makanan akan turut mengambil bahagian di Selangor Food Mega Festival ini. Kalau anda tak berminat untuk makan durian, boleh singgah di gerai-gerai ini. Memang banyak kedai makan hebat yang mengambil bahagian antaranya W.O.P KL(pizza dimasak menggunakan kayu api), Raja Teh Ais, burger bakar pasu arang, air jagung Klebang dan banyak lagi. Senang cerita anda kena datang sendiri untuk lihat apa yang ada.

https://www.instagram.com/p/BXSHuPwhJQI

https://www.instagram.com/p/BXRweFphCgm

https://www.instagram.com/p/BXQSlvpBffx

https://www.instagram.com/p/BXFz3o8BKQ4

https://www.instagram.com/p/BXEktbqBjmq

https://www.instagram.com/p/BXCDqQkh55a

Dah kenyang dan masih lagi mahu berjalan? Jangan risau buat pertama kalinya, Food Mega Festival turut akan dimeriahkan dengan Junk’d Fest! Ini juga merupakan tarikan terbaru untuk Food Mega Festival. Di sini anda akan jumpa pelbagai barangan vintage dan karya seni untuk anda bawa pulang selepas kenyang makan di Food Mega Festival.

Selain itu akan ada banyak acara lain seperti persembahan pentas oleh artis tempatan, aktivi memanah dan horse riding yang pastinya akan menghiburkan semua yang datang. Akan berlangsung hujung minggu ini (5 & 6 Ogos 2017) bermula dari 10.30 pagi hingga 11.30 malam. Jangan lupa untuk tag rakan dan ahli keluarga untuk sama-sama kenduri durian dan makanan di Selangor Food Festival.

https://www.instagram.com/p/BXVW2-gh6_Y

https://www.instagram.com/p/BXVWxd2hJu4

https://www.instagram.com/p/BXUkPn3hBtE

https://www.instagram.com/p/BXST2pphQzO