Ramai bersetuju orang yang berbakat dan beraksi hebat telah dididik dan diasah bakat dan kemahirannya sejak kecil lagi. Namun, lelaki ini berbeza. Dia membuktikan bakat dan kemahiran boleh diasah selagi ada kemahuan untuk lakukan yang terbaik.

Kenichi Ebina mula mengenalpasti bakatnya di dalam tarian pada usia awal 20-an. Tarian pertamanya adalah gaya gerakan “the running man”. Selepas itu dia mengasah bakatnya dengan belajar sendiri pelbagai regim tarian seperti freestyle, hip-hop, mime, seni pertahanan diri, jazz, dan tarian etnik.

Bagi menambah nilai diri, Kenichi telah menggabungkan elemen lakonan dan penceritaan di dalam persembahan tariannya. Pada tahun 2013, Kenichi Ebina mendaftarkan diri untuk ujibakat America’s Got Talent musim ke-8 dengan menampilkan gaya The Matrix yang menggabungkan gaya robot dan seni pertahankan diri.

Adakah Kenichi Ebina berjaya di dalam ujibakat ini? Tonton ini:

Wow! Itulah perkataan yang muncul apabila melihat aksi Kenichi Ebina. Gerakannya yang luarbiasa dan jalan cerita persembahan yang mudah difahami membuatkan para juri dan penonton gembira dan kagum dengan persembahannya. Dia menamakan gerakan seni persembahan tariannya ini sebagai ‘dance-ish’ oleh Ebina.

Dengan bakat dan daya kreativiti yang telah diterjemahkan di dalam bentuk tarian itu juga telah melayakkan Kenichi Ebina berjaya membawa pulang 1 juta USD sebagai juara America’s Got Talent meskipun ada suara-suara rasis yang menyatakan dia bukan orang Amerika.

Persembahan Kenichi Ebina sepanjang bertarung di dalam pertandingan America’s Got Talent:

https://www.youtube.com/watch?v=K3ypnsduDac

LIKE Facebook The Vocket disini