Ramai yang mengucapakan tahniah di atas kejayaan Datuk Michelle Yeoh yang berjaya menempa kejayaan luar biasa dengan memenangi Anugerah Golden Globe beberapa hari yang lalu.

Aktres yang sering melakar sejarah gemilang dan membanggakan Malaysia itu telah meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik Dalam Filem Muzikal hasil keberkesanan filem lakonannya dalam Everything Everywhere All At Once.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagaimanapun, walaupun sebahagian rakyat Malaysia menyatakan bahawa beliau adalah pelakon milik negara Malaysia, namun ada negara lain yang mahu mendapatkan kredit atas kejayaan beliau.

Menurut media Hong Kong, Setiausaha Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Kevin Yeung mengucapkan tahniah kepada Yeoh, tetapi dengan memanggilnya sebagai ‘pelakon Hong Kong‘.

“Michelle Yeoh mula mencapai kejayaan dalam industri filem Hong Kong, dan kemudian memasuki industri filem antarabangsa. Dengan kemahiran dan ketabahan lakonan yang cemerlang, dia layak menerima penghormatan tertinggi dalam industri perfileman kali ini.

“Pelakon Hong Kong terus menyerlah dalam industri filem antarabangsa. Kami sangat berbangga,” katanya.

Kenyataan Yeung sejak itu telah mencetuskan perdebatan di antara rakyat Malaysia, sebahagian daripada mereka mula mengeluarkan teori susur galur Yeoh sebagai rakyat Malaysia.

Netizen dengan tulisan sarkastik berkata, “Michelle Yeoh milik Malaysia la. Dia tidak mempunyai status pemastautin Hong Kong, kan? Pengetahuan geografi di kalangan pegawai HK adalah ‘baik’ seperti beberapa presiden AS.”

Netizen yang lain menulis, “Michelle Yeoh adalah orang Kantonis tetapi dia bukan rakyat Hong Kong. Dia dilahirkan di Malaysia dan kini adalah warga Perancis. Berhenti mencampur adukkan fakta.”

Bagaimanapun, ada yang mempertahankan Yeung, dengan alasan Yeoh pertama kali berpangkalan di Hong Kong sebelum berpindah ke Amerika Syarikat.

Bagi yang tidak tahu, Yeoh dilahirkan di Ipoh, Perak pada 1962 dan mula dikenali kerana membintangi beberapa filem blockbuster Hong Kong pada 1990-an, terutamanya Crouching Tiger, Hidden Dragon.