Semalam, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin mendakwa Veveonah Mosibin yang viral terpaksa panjat pokok untuk menjalani peperiksaan adalah palsu di Dewan Negara.

Isu tersebut mendapat perhatian netizen dan Datuk Zahidi Zainul Abidin dalam satu kenyataan di Facebooknya mengatakan bahawa beliau telah menerima maklumat tidak tepat berhubung isu Veveonah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Oleh itu, Datuk Zahidi Zainul Abidin telah memohon maaf dan akan membuat pembetulan di Dewan Negara pada hari Isnin nanti. Berikutan itu, Veveonah Mosibin dalam satu kenyataan di Facebook miliknya meluahkan rasa kecewa dan sedih atas kenyataan Timbalan Menteri di Dewan Negara terhadap dirinya.

Menurut Veveonah Mosibin, pada mulanya beliau tidak menyangka video pengalamannya sukar mencari capaian Internet sehingga perlu memanjat pokok akan viral.

Tambahnya lagi, kini namanya jadi viral lagi tetapi bukanlah sesuatu yang baik, dan beliau tidak tahu bagaimana mahu berdepan dengan komen negatif netizen di media sosial. Walau bagaimanapun, beliau berterima kasih kepada mereka yang menyokong dirinya dan maafkan kesemua kesalahan orang ramai terhadap dirinya.

Baca artikel berkaitan isu ini pada pautan di bawah.

Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Mohon Maaf Kepada Veveonah

Hanya Untuk Konten YouTube, Kisah Gadis Jawab Peperiksaan Atas Pokok Disahkan Palsu

Jawab Peperiksaan Sambil ‘Camping’, Pelajar Ini Kongsi Cabaran 24 Jam Atas Pokok Di YouTube