Seperti yang kita tahu, amalan mandi bunga di kalangan masyarakat Melayu bukanlah perkara baru. Ini merupakan amalam turun-temurun yang telah diwarisi sejak dahulu lagi dan masih diamalkan hingga ke hari ini. Menurut kepercayaan sesetengah masyarakat Melayu, ritual mandi bunga ini dilakukan untuk pelbagai tujuan. Di antaranya adalah seperti mempercepatkan jodoh, membuang sial, mengubat penyakit-penyakit mistik, menaikkan seri wajah dan banyak lagi.

Dalam amalan tradisi mandi bunga di kalangan masyarakat Melayu, kebiasannya ia akan dimulai dengan bacaan jampi atau mentera-mentera yang disulami doa-doa tertentu. Mungkin kerana terdapatnya bacaan doa yang terselit membuatkan amalan mandi bunga ini diterima oleh segelintir Masyarakat Melayu dan beranggapan perbuataan ini tidak mengandungi unsur tahyul atau lebih tepat kerpercayaan karut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Paling popular, ritual ini selalunya memerlukan 7 jenis bunga yang berlainan. Seterusnya khidmat bomoh, pawang atau bidan akan digunakan bagi menjalankan upacara ini. Jadi, benarkah amalan mandi bunga ini berkesan untuk memulihkan semangat atau mampu mempercepatkan jodoh dan lain-lain?

1

Kepercayaan serong

Beranggapan amalan mandi bunga mampu mempercepatkan jodoh, membuang sial dan lain-lain ini merupakan kepercayaan serong yang tak patut dipegang. Jika ya, ia sama sahaja seperti kepercayaan pengikut agama Hindu yang mempercayai bahawa amalan mandi bunga ini adalah satu amalan yang bersifat kerohanian. Dalam kepercayaan agama Hindu, mandi bunga ini merupakan ritual tahunan yang dilakukan dalam satu upacara keagamaan yang dipanggil ‘Karthika Brahmotsavam‘ dan biasanya dilakukan pada petang hari jumaat.

Meskipun pada hari ini masih terdapat segelintir masyarakat Melayu yang berpegang bahawa amalan mandi bunga ini boleh diguna pakai sebagai satu ikhtiar untuk mempercepatkan jodoh atau membuang sial, namun ianya masih tidak boleh dibuktikan secara fizikal.

Dalam masa yang sama, khasiat dan kebaikan yang ada pada bunga tidak boleh dinafikan. Bunga merupakan tumbuhan alam semula jadi yang mempunyai pelbagai Manfaat dan telah diakui dari sudut sains. Menurut pakar motivasi Dato Dr Fadzilah Kamsah, mandi bunga mampu menaikkan seri wajah kerana badan manusia itu kembali segar selepas mandi bunga. Ini kerana khasiat yang terdapat di dalam bunga tersebut meresap ke dalam badan.

Dilihat dari sudut psikologi, apabila seseorang berada di dalam keadaan murung atau kurang bertenaga, ia boleh mengganggu emosi. Salah satu jalan terbaik adalah dengan mengembalikan semula kesegaran tubuh badan supaya bertenaga semula. Badan yang segar dan bertenaga membantu untuk dapatkan mood yang baik dan kekal positif. Jelas di situ, mandi bunga untuk tujuan mengembalikan kesegaran tubuh badan memang terbukti.

Konklusinya, mempercayai bahawa mandi bunga mampu membantu mempercepatkan jodoh, membuang sial, buang saka atau lain-lain kepercayaan yang bertentangan dengan akal adalah satu pendapat yang jauh terpesong dan tidak patut dipercayai. Namun, jika mandi bunga bertujuan untuk menyegarkan kembali tubuh badan boleh diterima dan logik. Buktinya, banyak spa-spa kecantikan yang menggunakan kaedah ini.

Buat pengetahuan anda, mandi bunga ini bukan sahaja popular di kalangan masyarakat di Asia sahaja, konsep ini turut di amalkan oleh orang barat yang  dipanggil aromaterapi. Dalam kajian moden, aromaterapi tidak memberi sebarang perubahan fizikal, kecuali bagi menambah keyakinan diri iaitu ‘self esteem’. Ia bertujuan menambah keyakinan seseorang, dengan itu akan lebih yakin untuk melalui sebarang cabaran dari melalui ujian sehingga untuk bergaul dengan lebih mesra. Tidak lebih daripada itu.