Bukanlah mudah untuk kita fasih menggunakan bahasa lain selain bahasa ibunda kerana perlu berusaha belajar dan mengamalkan agar lancar.
Terbaharu, seorang pengguna TikTok @kartik_suresh telah berkongsi sebuah video dimana memaparkan dirinya bersama seorang kanak-kanak bangsa Cina iaitu Kai Kai membuat Mango Lassi.
Baca Juga:
- Pakar Bahasa Dari Malaysia Pertahan Remaja Singapura Tak Fasih Berbahasa Melayu

- Fasih Berbahasa Korea, Pemandu Bot Pelancong Di Sabah Ini Raih Perhatian Netizen

- ‘Ke Mana Hilangnya Budi Bahasa’- Sultan Selangor Tegur Ahli Politik Guna Kata Kesat Dan Biadap

@kartik_suresh
Menerusi video terbabit, menjadi perhatian apabila kanak-kanak itu fasih bercakap dalam bahasa Tamil dan interaksi dia yang comel cukup mencuit hati.
Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa kagum melihat budak lelaki itu lancar bercakap menggunakan bahasa Tamil.



Bukan itu sahaja, para netizen turut berasa terhibur melihat interaksi antara budak lelaki Cina itu dengan pemuda India terbabit serta memuji kebolehan budak lelaki itu.