Bercakap tentang kes penderaan, pasti anda banyak mendengar kes penderaan yang berlaku kepada warga emas, kanak-kanak dan lain-lain. Malah, kes-kes begini sering berlaku seperti tiada titik noktah.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter Jurais telah berkongsi satu video yang menunjukkan seorang remaja perempuan OKU telah dibiarkan berada di luar rumah keseorangan.  Menurut Jurais, dia telah bertanya kepada remaja tersebut kenapa dia berada di luar.

Sambung Belajar
HYPE
Kisah 5 Pelajar Berazam Ubah Nasib Keluarga Walaupun Berdepan Masalah Kewangan
Baca lagi →

Remaja tersebut menjawab bahawa ibunya memaksanya tinggal di luar rumah, manakala ibunya bersama keluarganya yang lain telah keluar. Remaja tersebut dipercayai telah diabaikan oleh keluarga dan didera berikutan terdapat kesan luka dan pukul pada badan remaja tersebut.

Berikutan penularan video tersebut, pihak polis telah memanggil ibu dan abang kandung kanak-kanak tersebut bagi membantu siasatan. Menurutnya, jiran mangsa telah membuat laporan tersebut di Twitter dan pihak polis mengambil berat akan isu itu. Pihak polis masih lagi menunggu keputusan pihak hospital berkenaan luka yang dialami remaja tersebut kerana luka tersebut adalah kesan luka lama.

Jika betul keluarga remaja tersebut mendera remaja tersebut, diharap hukuman setimpal akan dikenakan dan remaja tersebut dapat pembelaan. Tidak seharusnya anak-anak istimewa ini diperlakukan sedemikian rupa.

Menurut perkongsian terbaru Jurais, beliau telah dipanggil oleh pihak polis bagi membantu siasatan kes ini. Jurais adalah hero sebenar kerana tanpa pendedahannya, entah sampai bila adik ini akan didera oleh ibu dan abang kandungnya.

Anda Mungkin Suka