Fernando de Noronha kerap dipilih sebagai salah satu destinasi terindah di dunia. Terletak di bahagian pantai Brazil, ia adalah syurga pelancongan dan merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Manakala salah satu pantai yang terdapat di kepualauan ini, pernah memenangi Anugerah Pilihan Pelancong TripAdvisor.

Seperti kebanyakan destinasi pada tahun 2020, kesan COVID-19 telah membuatkan sektor pelancongan terjejas teruk. Namun apa yang membezakan pantai ini dengan destinasi yang lain adalah ia dibuka buat mereka yang pernah disahkan positif COVID-19 dan telah pulih dari wabak tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sejak pertama kali dibuka pada pertengahan Mac, pengunjung yang hadir ke sana perlu membuktikan bahawa mereka telah pulih sepenuhnya dari virus tersebut. Apa yang mereka perlu kemukakan sebagai bukti adalah hasil ujian sekurang-kurangnya 20 hari sebelum tiba di sana.

Guilherme Rocha, pengurus kawasan terbabit, mengatakan dalam sidang akhbar bahawa pelancong yang telah sembuh dari wabak COVID-19 dan pulih sepenuhnya sahaja yang diizinkan untuk berlabuh di pulau terbabit.

Brazil adalah salah satu negara dengan rekod penyebaran wabak COVID-19 yang terburuk di dunia dengan lebih dari 3.8 juta jangkitan dan 121,000 kematian. Namun, hanya ada 93 kes yang direkodkan di Fernando de Noronha dan tidak ada kematian.

Terdahulu, Presiden Brazil yang sering membantah perintah ‘lockdown’ telah disahkan positif COVID-19. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Sering Bantah Perintah ‘Lockdown’, Presiden Brazil Disahkan Positif COVID-19

Sumber