Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk memotong dana  Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dilihat telah memberi kesan kepada negara miskin yang bergantung kepada sokongan kewangan dari agensi PBB untuk memerangi penyakit COVID-19.

Republik Demokratik Kongo (DRC), misalnya, ketika ini memerangi bukan hanya virus Corona, tetapi juga Ebola, yang juga meragut ratusan nyawa rakyat di sana.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Lawrence Gostin, pengarah Institut O’Neill bagi Undang-Undang Kesihatan Nasional dan Global di Universiti Georgetown AS, menyatakan bahawa COVID-19 akan “menyerang” negara berpendapatan rendah dengan sistem kesihatan yang lemah, seperti di Afrika atau Amerika Latin .

Pembekuan dana oleh Trump, kata Gostin, akan menjejaskan kemampuan WHO untuk membantu negara-negara ini.

“Ini bukan hanya isu dana tetapi kurangnya sokongan politik dan harus bertahan sendiri, [mereka juga] terjebak di tengah-tengah pertembungan kekuatan geopolitik antara dua negara terkaya,” katanya, seperti yang dilaporkan oleh South China Morning Post.

AS secara tradisinya merupakan penderma kewangan terbesar WHO, menyumbang USD 893 juta tahun lalu. Sebilangan besar wang itu disalurkan ke negara-negara miskin di Afrika, Amerika Latin dan bahagian Asia di mana berjuta-juta orang menderita dengan pelbagai penyakit.

WHO menerima dana dari dua aliran. Kira-kira 20 peratus berasal dari ‘sumbangan yang dinilai’ dari setiap negara berdasarkan produk domestik kasar dan populasi mereka, dan selebihnya adalah dari sumbangan sukarela.

Lara Gautier, doktor di jabatan sosiologi Universiti McGill dan pensyarah di Universiti Montreal, menyatakan bahawa WHO dibenarkan menggunakan dana dari sumbangan yang dinilai seperti yang dikehendaki, namun bagi wang yang datang dari sumbangan sukarela, ia adalah untuk negara-negara tertentu.

Tahun lalu, AS memberikan sumbangan bernilai USD 237 juta dan sumbangan sukarela sebanyak USD 656 juta untuk WHO. Lebih dari satu pertiga daripada wang itu pergi ke Afrika Utara dan wilayah timur Mediterania, dan lebih dari satu perempat dihabiskan ke Afrika Sub-Sahara.

“Kedua-dua wilayah ini kemungkinan besar terkesan dengan penangguhan (dana AS),” kata Gautier, sambil menambah bahawa penangguhan dana yang terlalu lama dapat memberi kesan besar kepada program pembasmian polio di Sub-Sahara Afrika.

Dalam menentang  COVID-19, Matthew Kavanagh, pengarah dasar dan politik kesihatan global di Institut O’Neill di Georgetown, menyatakan bahawa kemampuan WHO untuk menghantar kakitangan, menghantar peralatan pelindung diri dan peralatan ujian serta menjalankan kerja di lapangan akan terkesan secara langsung jika pemotongan dana oleh AS.

Kavanagh menyatakan WHO memainkan peranan penting dalam memerangi HIV, tuberkulosis, malaria dan polio di seluruh dunia, dan sumbangan sukarela AS membantunya melakukannya. Tetapi program-program itu akan terhenti sekiranya aliran dana tidak lagi berjalan seperti biasa.

Untuk rekod, hampir 3 juta orang di seluruh dunia telah disahkan mengidap penyakit COVID-19. Manakala lebih 200,000 orang telah meninggal dunia.

Untuk bacaan lanjut mengenai situasi COVID-19 di Malaysia, sila klik pautan di bawah.

COVID-19 Di Malaysia Dijangka Berakhir Awal Mei Menurut Kajian Universiti Dari Singapura

Jazz Hotel Di Pulau Pinang Muncul Hotel Terawal Negara Ditutup Berikutan COVID-19

Anda Mungkin Suka