Lapan kumpulan perdagangan meminta Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengadakan sesi dialog berkenaan dengan isu pergantungan lesen minuman keras yang bakal memberi kesan kepada beberapa pekerjaan di sektor perhotelan atau hiburan.

Lapan kumpulan tersebut ialah Persatuan Peniaga Arak dan Minuman Keras Cina Selangor dan Kuala Lumpur, Persatuan Peniaga Ubat Cina Wilayah Persekutuan dan Selangor, Persatuan Hotel-hotel Malaysia, Persatuan Peniaga Minuman Keras Bersekutu Malaya, Persekutuan Perdagangan Cina Malaysia, Persatuan Ku Su Shin, Gabungan Persatuan Peniaga Barang Pelbagai Malaysia dan Persatuan Perdagangan Barangan Teochew Kuala Lumpur dan Selangor.

Bercakap kepada Malaysiakini, lapan kumpulan ini membayangkan bahawa “ratusan ribu” individu bakal terjejas sekiranya perniagaan mereka terpaksa ditutup.

“Demi kepentingan industri, ekonomi negara dan pasaran kerja, masalah ini perlu diselesaikan secepat mungkin dan tanpa campur tangan politik, yang hanya akan menimbulkan masalah.

“Setiap pekerjaan dan kehidupan penting dalam saat yang mencabar ini. Oleh itu, kami ingin bekerjasama dengan sebaik mungkin untuk membantu pekerja memastikan pekerjaan dan perniagaan mereka beroperasi seperti biasa,” katanya ketika mencadangkan untuk sesi dialog dilakukan bagi membincangkan isu ini dengan kadar segera.

Terdahulu, DBKL telah memutuskan untuk menangguhkan lesen minuman keras apabila mendapat reaksi marah daripada masyarakat berhubung insiden memandu dalam keadaan mabuk yang telah mengakibatkan kemalangan dan kehilangan nyawa.

Difahamkan, lesen minum keras yang dimiliki oleh ahli mereka akan tamat dalam beberapa minggu atau bulan. Ini meninggalkan mereka dengan pilihan untuk beroperasi tanpa lesen minuman keras bagi memastikan pekerja dan pembekal tetap bekerja.

“Tetapi dalam proses ini, kami akan terdedah kepada serbuan oleh pihak polis dan kastam,” katanya.

Terdahulu, seorang pemandu mabuk bertindak menyeret motosikal sejauh 2KM pada bulan lalu telah menerima kecaman dari netizen. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Pemandu Mabuk Seret Motosikal Sejauh 2KM Dan Tunjuk ‘Thumbs Up’ Undang Kecaman Netizen

Denda RM150,000 Dan Penjara 20 Tahun Tidak Cukup Untuk Hukum Pemandu Mabuk Yang ‘Membunuh’

Tular Rakaman Pemandu Dipercayai Mabuk Langgar Dan Seret Motosikal Undang Kemarahan Netizen

Sumber