Jika sebelum ini keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengeluarkan arahan larangan merokok di semua premis makanan telah mendapat tentangan dan desakan daripada beberapa pihak, melalui keputusan yang terbaru Menteri Kesihatan telah menetapkan keputusan untuk melaksanakan arahan larangan tersebut bermula tahun hadapan.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad masih tetap dengan keputusan awal yang dibuat dan tidak akan berkompromi dengan desakan mana-mana pihak kerana bagi beliau dengan mengeluarkan arahan larangan merokok itu dapat mewujudkan tempat awam yang selamat dan tidak berisiko kepada perokok pasif dikalangan rakyat Malaysia.

smoking

Larangan merokok di semua premis makanan termasuk di warung-warung makanan tepi jalan akan mula berkuatkuasa pada awal 1 Januari 2019 nanti.

Terdapat sesetengah pengusaha restoran yang bersetuju dengan arahan yang bakal dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia namun dengan syarat di mana kerajaan perlu mewujudkan ruang khas untuk merokok bagi pelanggan mereka yang merokok.