Presiden PAS yang juga calon bagi Kerusi P037 – Marang,  Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mempertahankan kedudukannya, lapor MyUndi.com sebentar tadi.

Calon yang berusia 75 tahun itu telah menewaskan tiga calon lain, Jasmira Othman (Barisan Nasional)  31,386 undi, Ustaz Azhar Ab Shukur (Pakatan Harapan) 4,140 dan Dr.Zawawi Bin Sulong (Pejuang Tanah Air) sebanyak 413 undian sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menang dengan jumlah undian keseluruhan  sebanyak 73,115 undian, sekaligus beliau telah mempertahankan Kerusi Parlimen Marang selama empat penggal berturut-turut dengan mudah.

Beliau telah bertanding di Kerusi Parlimen itu sejak tahun 1986 lagi.

Ikuti TheVocket.com untuk kemas kini keputusan terkini PRU15.