Syed Saddiq, calon Pakatan Harapan dari parti MUDA boleh menarik nafas lega apabila kerusi Parlimen Muar menjadi miliknya dalam perebutan tiga penjuru yang menemukan beliau dengan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Helmy Abd Latif dan Abdullah Husin dari Perikatan Nasional (PN).

Menurut laporan siaran langsung Awani, beliau berjaya memenangi kerusi Parlimen Muar dengan 19,961 undian dan mencatat hanya 1,345 majoriti undi. Lawannya, Husin hampir mengejar beliau namun tewas pada hanya 18,616 undian.

Syed Saddiq memenangi kerusi ini pada pilihan raya umum 2018 atas tiket Bersatu, sebelum parti itu keluar daripada Pakatan Harapan (PH). Beliau berjaya menewaskan calon daripada Umno dan PAS dengan hanya lebih 53% undi.

Kemenangan ini seolah menjawab soalan yang sering ditanya; adakah beliau akan berjaya mengekalkan kerusinya? Parti Muda dilihat kurang berpengaruh berbanding parti lamanya Bersatu, dan lawan beliau adalah rakyat tempatan dari Muar.