Parti politik dan gerakan Islam di Malaysia, PAS telah mencipta rekod dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) apabila berjaya memenangi kesemua 14 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Kelantan.

Memetik laporan Harian Metro, keputusan itu diumumkan oleh Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan, Fakhrul Razi Ab Wahab selepas pihaknya mendapat keputusan rasmi di semua Parlimen seperti berikut —

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
  1. Tumpat – 34,793 undi.
  2. Pengkalan Chepa – 38,270 undi.
  3. Kota Bharu – 22,613 undi.
  4. Pasir Mas – 30,717 undi.
  5. Bachok – 29,901 undi.
  6. Ketereh – 23,107 undi.
  7. Tanah Merah – 44,485 undi.
  8. Pasir Puteh – 29,109 undi.
  9. Machang – 10,154 undi.
  10. Kuala Krai – 25,188 undi.
  11. Gua Musang – 163 undi.
  12. Jeli – 12,464 undi.
  13. Rantau Panjang – 20,636 undi.
  14. Kubang Kerian – 40,847 undi.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menzahirkan kesyukuran atas kemenangan besar dengan memenangi kesemua 14 kerusi Parlimen itu.

Beliau berkata, kemenangan itu sangat bermakna buat PN dan menandakan gelombang luar biasa yang dapat disaksikan hari ini.

“Saya selaku Pengerusi PN Kelantan berterima kasih kepada semua penyokong dan pengundi luar yang memberi sokongan kepada PN.

“Dengan kemenangan ini, kita akan terus memberikan khidmat terbaik kepada rakyat,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sementara itu Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menang dengan jumlah undian keseluruhan  sebanyak 73,115 undian, sekaligus beliau telah mempertahankan Kerusi Parlimen Marang selama empat penggal berturut-turut dengan mudah.

Ikuti TheVocket.com untuk kemas kini keputusan terkini PRU15.

Sumber