Kerusi panas P107 – Sungai Buloh telah menjadi milik Ramanan Ramakrishnan (Pakatan Harapan) yang meraih 50,943 undi, mengenepikan calon terdekatnya daripada Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin yang meraih 48,250 undi.

Ramanan Ramakrishnan memenangi kerusi itu dengan majoriti 2,693 undi.

Khairy menerusi satu perkongsian di Twitter menzahirkan rasa terima kasih kepada para pengundi yang mengundinya di Sungai Buloh. “Terima kasih kepada pengundi P.107 Sungai Buloh. Saya telah berusaha sehabis baik. Tahniah kepada Dato Ramanan. Selamat berkhidmat,” tulisnya ringkas.