Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk apabila menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.

Pertembungan empat penjuru di Bagan Datuk menyaksikan Ahmad Zahid meraih 16,658 undi manakala Shamsul Iskandar mendapat 16,230 undi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Zahid mengatasi Shamsul dengan majoriti 348 undi sahaja.

Zahid bertanding di kerusi Bagan Datuk sejak 1995, dan pada PRU14, dia mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 5,073 undi.

Sejak malam tadi, penyokong BN sudah mendesak Zahid Hamid untuk letak jawatan kerana prestasi kurang memberangsangkan BN pada PRU15 ini.