Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Bagi menaik taraf sistem pengangkutan awam Malaysia yang sesuai dan selesa untuk rakyat, kerajaan sentiasa bertemu dengan rakan-rakan strategik yang mampu memenuhi keperluan.

Baru-baru ini pejabat Kementerian Pengangkutan telah menerima kunjungan wakil daripada beberapa para pemain industri rel Korea Selatan; Hyundai Corp, Hyundai Rotem Malaysia, Keretapi EP Korea dan Maglev MKC.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menyatakan beliau telah diberikan taklimat oleh Encik Yoo dari Keretapi EP Korea, mengenai rancangan mereka untuk sistem kereta api laju (Magnetic Levitation/Maglev) di kawasan Putrajaya.

Kementerian Pengangkutan akan mengadakan perbincangan lanjut tidak lama lagi dengan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk membangunkan sistem monorel seumpama itu di Putrajaya, khususnya mengenai penglibatan sistem rel dan pengangkutan lain.

Menurut Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, pejabat kementeriannya dalam proses untuk membawa lebih banyak rakan kongsi yang berpengalaman dan berpengetahuan ke Pusat Kecemerlangan Rel Kebangsaan (NRCOE).

Sehubungan itu, Kementerian Pengangkutan sedang mengusahakan butiran lengkap untuk bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Rel Korea (Korea Railroad Research Institute – KRRI) bagi meningkatkan pengetahuan daripada sudut teknikal sektor keretapi.

Semasa kunjungan hormat itu berlangsung, hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif KTM Berhad (KTMB), Encik Rani Hisham bin Samsudin dan Ketua Pengarah Keretapi Bahagian Darat Unit Rel MOT, Encik Shahriman Shafein.

Untuk maklum semua, KTMB telah lama menjalinkan hubungan dengan Hyundai Rotem sehingga membuahkan hasil kerana mereka masih menggunakan kaedah pembuatan kereta api Kelas 83 dan 91 sebagai bukti ketahanan dan kebolehpercayaan mereka dengan sokongan dan kepakaran hebat dari Korea.

KTMB juga kini mempunyai kakitangan yang sedang menjalani latihan di Korea dan akan lebih ramai lagi pelatih akan dihantar ke sana tidak lama lagi, petik hantaran rasmi Facebook Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Pada tahun lalu China telah berjaya hasilkan satu prototaip kereta api maglev yang mampu mencecah kelajuan 620km/j. Lihat lebih lanjut rekaan kereta api itu melalui pautan di bawah.

China Berjaya Cipta Prototaip Kereta Api Dengan Kelajuan 620 km/j

Kereta Api Laju Indonesia Didakwa Mampu Bertahan Daripada Sebarang Bencana Alam

Mirip Seperti Filem ‘Snowpiercer’, Ini Kereta Api Peribadi Mewah Bernilai RM1.47 bilion