Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendedahkan 1MDB tidak dapat membayar hutang sejak April 2017 yang lalu. Walaubagaimana pun kerajaan baharu kini mampu membayar sebanyak RM143.75 juta seperti yang dijadualkan pada 30 Mei ini.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Beliau semalam enggan menandatangani dokumen kebenaran untuk Kementerian Kewangan menyelesaikan sejumlah hutang 1MDB bagaimanapun akur demi menghormati komitmen dengan adanya jaminan daripada kerajaan persekutuan. Semalam beliau telah berjumpa dengan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda, Bekas Ketua Pegawai Kewangan 1MDB, Azmi Tahir dan bekas penasihat undang-undang 1MDB, Ivan Chen.

Dalam pertemuan itu, Lim Guan Eng telah mengarahkan Arul Kanda untuk membuat kenyataan bertulis yang menyatakan jika 1MDB boleh membuat bayaran tersebut atau tidak. Nampak gayanya kita (rakyat) yang perlu membayar hutang 1MDB ini walaupun kita sendiri tidak tahu apa bisnes 1MDB ini sebenarnya.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group