Pada hari ini kita dapat lihat semakin banyak kereta elektrik bergerak di atas jalan raya. Bagaimanapun kereta-kereta tersebut hanya disasarkan buat ‘pelanggan bangsawan’ kerana harganya yang bermula lebih RM100,000.

Baru-baru ini Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad memberitahu pihak kerajaan akan meneliti usaha untuk membawa masuk lebih banyak kenderaan elektrik (EV) mampu milik yang bernilai kurang RM100,000 ke pasaran tempatan untuk memberi manfaat kepada rakyat secara menyeluruh untuk memilikinya dengan harga mampu milik, lapor The Sun Daily.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Antara faktor penting, sekarang Proton akan bawa masuk kenderaan Geely dalam masa terdekat tetapi itu dari luar negara. Jika kita dapat pasang kenderaan itu di Malaysia mungkin ia akan membantu kita untuk menawarkan EV (dengan kos) lebih rendah,“ katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Stesen Pengecasan EV Bangi Golf Resort dan penyerahan lesen pengagihan awam sistem pengecas EV oleh Suruhanjaya Tenaga.

Lesen tersebut adalah proses supaya pemasangan stesen pengecas berada dalam keadaan selamat dan dikawal selia.

“Oleh kerana industri ini sedang berkembang. Jadi kita hendak pastikan ada peraturan dan piawaian yang dapat dicapai oleh syarikat-syarikat yang memberi kemudahan pengecas. Kita tahu bahawa jika kita tidak perluaskan stesen pengecasan ini, ia tidak akan menyokong pengembangan kenderaan elektrik.

“Kita juga berharap dengan adanya standard ini mampu memberi keyakinan kepada orang ramai untuk membeli EV,” kata Nik Nazmi.

Beliau turut menyatakan pihaknya akan melihat bagaimana Belanjawan 2023 atau Belanjawan 2024 dapat ditambah baik untuk memberi insentif kepada rakyat yang mahu memiliki EV.

Tambahnya lagi, beliau juga akan melihat bagaimana kerajaan memainkan peranan dengan kerjasama syarikat-syarikat automotif untuk membawa lebih banyak EV mampu milik ke pasaran tempatan.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.