Pejabat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) dalam satu Kajian Semula Pasaran Terkenal 2022 telah menamakan Petaling Street – pusat tarikan pelancong di Kuala Lumpur – sebagai antara kawasan terkenal yang menjual barangan tiruan dan cetak rompak. Selain Petaling Street, 33 kawasan dan 39 pasaran dalam talian di 18 negara telah disenaraikan antara wilayah yang terlibat dalam aktiviti cetak rompak dan tiruan.

Menurut laporan itu, Petaling Street adalah antara pasaran terkenal yang terletak di Kuala Lumpur. Di kawasan ini berlakunya aktiviti jualan barangan tiruan, termasuk jam tangan, kasut, beg tangan, dompet, cermin mata hitam, dan barangan pengguna lain, “Walaupun aktiviti pasaran belum kembali ke tahap sebelum pandemi kerana pelancong asing terhad, kebanyakan barangan yang ada pada masa ini nampaknya adalah tiruan,” tulis laporan tersebut.

Baca Juga:

Selain itu, laporan tersebut turut mengkritik sikap pihak berkuasa tempatan yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan cermat dalam mengekang aktiviti jualan barangan tiruan dan cetak rompak. Kesukaran untuk menjalinkan kerjasama di antara pemegang hak cipta dengan pihak berkuasa tempatan juga turut berlaku kerana atas dasar pilih kasih pihak berkuasa dan penglibatan dalam jenayah terancang.

Kajian itu turut mendedahkan bahawa pihak berkuasa tempatan hanya akan mengambil tindakan terhadap aduan pemegang hak cipta hanya selepas mereka mengemukakan bukti yang cukup besar sebelum pihak berkuasa bersetuju untuk bertindak.

Bagaimanapun, kajian yang dikeluarkan oleh USTR itu nampaknya sampai ke pengetahuan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur sehingga menimbulkan rasa kurang senang mereka. Melalui pengerusinya, Datuk Ang Say Tee berkata bahawa tuduhan yang dibuat adalah tidak benar dan bersikap keterlaluan, sambil menambah bahawa Petaling Street hanya mempunyai 10% hingga 20% daripada penjaja yang menjual barangan tiruan.