Sekiranya pada minggu lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia menjanjikan internet yang lebih pantas dan murah, Gobind Singh Deo nampaknya tidak menunggu lama untuk berunding bersama syarikat telekomunikasi untuk merealisasikannya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia ini berkata pihak sedang mengusahakan sebuah cara bagi menawarkan internet yang pantas serta mengurangkan kos khusus buat para pengguna dalam masa terdekat ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

gobind_singh_deo

Dalam pada itu, rundingan bersama syarikat telekomunikasi haruslah dibuat terlebih dahulu untuk menjayakan janjinya. Katanya lagi, usaha ini bertepatan dengan janjinya sebagai menteri dan berusaha untuk melengkapkannya di dalam 100 hari pemerintahan kerajaan baru.

Sebelum ini, Gobind turut mengulas mengenai perkhidmatan jalur lebar di Malaysia yang jauh berbeza berbanding negara lain. Harapnya dengan usaha yang dilakukan pihak kerajaan ini rakyat Malaysia berpeluang menikmati internet yang pentas serta yang lebih rendah berbanding sedia kala.

Sumber