Sejak beberapa negara lain termasuk Thailand mula menghalalkan penanaman Ganja, Malaysia juga nampaknya bakal mengikut jejak yang langkah yang sama dengan membenarkan penanaman hem.

Langkah ini dibuat bagi tujuan penyelidikan industri dan masih lagi tertakluk mengikut Seksyen 6B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Menurut Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad selaku Menteri Kesihatan, pihaknya sedang menantikan kertas cadangan daripada Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi meluluskan penanaman tanaman ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
General
Sumber: The Malaysian Reserve

Menurut beliau, meskipun kelulusan tanaman ini bakal membuatkan segelintir pihak teruja, pihaknya tidak mahu menjadi penghalang serta bakal memudahkan cara khususnya bagi tujuan penyelidikan secara terkawal.

Antara keguaan hem yang bakal difokuskan adalah dari segi industri kosmetik dan makanan ketika ini. Dalam erti kata lain, pihak kerajaan tidak akan menggunakannya bagi tujuan perubatan setakat ini.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Jeram, Mohd Shaid Rosli turut mengemukakan cadangan agar pihak kerajaan mempertimbangkan cadangan tanaman ganja bagi tujuan perubatan.

Thailand dilaporkan bakal menjadi negara pertama yang mengajurkan festival ganja serta memperkenalkan jurusan berkaitan ilmu ganja. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Festival Ganja Pertama Di Dunia Bakal Dianjurkan Thailand Tahun Hadapan

Universiti Di Thailand Ini Tawarkan Jurusan Berkaitan Ilmu Ganja

Ahli Parlimen Padang Besar Cadang Penanaman Ketum Bagi Bantu Ekonomi Penduduk

Sumber