Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada hari ini mengumumkan mereka sedang dalam proses untuk membangunkan satu aplikasi khas bagi memudahkan orang ramai mendapatkan barang basah yang segar di seluruh dunia.

Selain memudahkan pengguna mendapatkan barang basah yang lebih segar, hasrat kerajaan untuk membangunkan aplikasi ini juga bakal memberi impak buat pelancong seiring dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan pasar tani sebagai tempat pelancongan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

KEMAMAN, 7 Ogos -- Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tertarik dengan ikan yang dijual di Pasar Tani sewaktu berkunjung ke Pasar Tani Cukai pada majlis hari raya Pasar Tani Kemaman hari ini. Turut hadir Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Tan Sri Badruddin bin Amiruldin (dua, kanan). -- fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata melalui aplikasi tersebut, kedudukan kesemua pasar tani dalam negara akan dimuatkan dalam peta yang dapat dilihat menerusi carian aplikasi di telefon pintar.

“Bila ada aplikasi ini, orang ramai akan lebih mudah mengetahui di mana lokasi pasar tani dan apa keistimewaannya dan satu masa nanti harga juga dapat dibandingkan antara satu pasar tani dengan pasar tani lain,” katanya kepada pemberita.

Dikatakan aplikasi ini juga akan dibangunkan dalam pelbagai bahasa bagi memudahkan pengguna serta terdapat fungsi khas yang membolehkan pengguna membuat perbandingan harga di setiap pasar tani yang berdekatan.

Kami percaya aplikasi ini mempunyai potensi yang baik jika sering dikemaskini. Fungsi khas seperti perbandingan harta pastinya ciri khas yang dinanti-nantikan khususnya warga kota.

Sumber