Pembuangan sisa plastik oleh negara lain seperti New Zealand, Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom yang semakin banyak dilaporkan akhir-akhir ini mencetuskan kebimbangan orang ramai. Kebimbangan orang ramai dipandang serius oleh pihak kerajaan yang akhirnya membentuk jawatankuasa khas untuk memantau perkara ini.

Menurut Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar jawatankuasa ini berperanan untuk membincangkan cadangan untuk memberhentikan perkara ini daripada terus bertambah. Jawatankuasa ini akan diketuai oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan akan dibantu oleh kementerian lain yang berkaitan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

plasticwaste

Beliau yang turut peka dengan pencemaran alam sekitar yang diakibatkan oleh pembuangan sisa toksik oleh kilang-kilang pemprosesan plastik yang tidak berdaftar di Jenjarom turut berkata pihak kerajaan akan berusaha untuk menjejaki pemaju kilang tersebut untuk diambil tindakan selanjutnya.

Baca lagi: Malaysia Kini Lubuk Pembuangan Ratusan Ribu Tan Sisa Plastik Dari Amerika Syarikat