Kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, kini menyatakan bakal menubuhkan sebuah pasukan khas dalam meneliti masalah yang melibatkan sistem pembayaran Touch ‘n Go yang baharu.

Buat masa ini, kementerian menerima pelbagai aduan yang melibatkan TNG termasuklah berkaitan dengan sistem pembayaran tol RFID yang terkadang tidak berfungsi dengan lancar serta kesukaran mendapatkan kad TNG NFC dan masalah-masalah berbangkit lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: TNG

Dalam masa yang sama, Touch ‘n Go turut telah diarahkan untuk mengemukakan laporan berkala kepada kementerian berkaitan dengan perkhidmatan mereka. Kerajaan sedia menilai setiap aduan awam yang diterima dan turut mengenal pasti punca masalah berkaitan dengannya.

Menurut Salahudin, laporan perlu dihantar kepada kementerian, kes demi kes secara harian manakala tindakan akan diambil sekiranya gagal berbuat demikian. Di samping itu pihaknya turut menerima jumlah aduan yang tinggi sepanjang minggu perayaan Tahun Baharu Cina ini.