Sudah menjadi satu keperluan bagi kita untuk mempunyai akses internet yang baik. Namun, harga yang ditawarkan masih dilihat agak mahal lebih-lebih dengan peningkatan kos sara hidup pada saban tahun.

Terkini, Menteri Komunikasi dan Digital baru sahaja berkongsi bahawa pengumuman jalur lebar talian tetap baharu dengan harga lebih mampu milik dalam masa kurang seminggu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Soyacincau

Setakat ini, info berkaitan dengan pakej talian tetap atau berasaskan fiber ini masih tidak diketahui lagi. Pada hari ini, para pengguna boleh menikmati pakej 100Mbps pada harga RM100 sebulan menerusi TIME namun terhad di sesetengah kawasan sahaja. TM Malaysia dan Maxis pula menawarkan pakej 30Mbps  pada harga RM89 sebulan.

Jadi terdapat kemungkinan pakej talian tetap yang bakal diumumkan ini sedia ditawarkan dengan harga serendah RM89 sebulan atau lebih rendah lagi. Sama-sama kita nantikan pengumuman pakej talian tetap yang lebih murah dalam tempoh kurang seminggu ini.

Sumber