Kerajaan Belanda mengambil pendekatan untuk membuat ‘U-turn’ dengan mengeluarkan arahan untuk membuka semula kedai-kedai yang menjual ganja hanya untuk satu hari ditengah-tengah perintah ‘lockdown’.

Beberapa hari yang lalu tular di media sosial kedai menjual ganja di Belanda telah diserbu oleh orang ramai setelah diarahkan tutup sehingga 6 April nanti. Penutupan ini adalah bertujuan untuk menangani penyebaran wabak COVID-19 di negara tersebut.

Serbuan ke kedai ganja berlaku selepas beberapa minit Menteri Kesihatan dan Pendidikan Belanda memberi sidang media dengan mengumumkan perintah ‘lockdown’ kepada seluruh Belanda yang akan memberi kesan kepada penutupan sekolah dan seluruh kedai di Belanda.

https://twitter.com/SpongeBobCatz/status/1239239109413044224?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1239239109413044224&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Frakyat-belanda-panik-beratur-beli-bekalan-ganja-selepas-kerajaan-isytihar-lockdown%2F

Namun semalam, kerajaan Belanda telah mengambil langkah drastik dengan membenarkan kedai ganja dibuka hanya untuk satu hari. Dilaporkan bahawa keputusan di sebalik pembukaan semula ini adalah kerana kerajaan Belanda khuatir bahawa penutupan ini akan meningkatkan lagi aktiviti jualan ganja di jalanan.

Walau bagaimanapun, penggunaan ganja di kafe itu sendiri – yang mempunyai ruang pengudaraan khas untuk pelanggan yang mahu menghisap ganja – akan tetap diharamkan semasa ‘lockdown.’

Satu lagi tempat yang sering menjadi tumpuan pelancong di Belanda, Red Light yang menawarkan kelab-kelab seks dan rumah pelacuran terkenal juga diarahkan tutup sehingga 6 April nanti.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19, klik pautan di bawah untuk membaca.

Rakyat Belanda Panik, Beratur Beli Bekalan Ganja Selepas Kerajaan Isytihar ‘Lockdown’

Sumber