Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Hampir RM1 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk empat duta khas perdana menteri sejak dua tahun lalu.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata ini termasuk lawatan rasmi ke negara dan wilayah yang ditugaskan.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis parlimen kepada Chan Foong Hin (PH-Kota Kinabalu), yang bertanya kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengenai tugas dan perbelanjaan utusan khas itu sejak 2020.

“Antara Januari 2020 dan Jun 2022, RM923,455.10 dibelanjakan untuk lawatan rasmi oleh empat dutas khas perdana menteri, sambil melaksanakan tugas dan komitmen mereka,” kata Latiff.

Empat duta khas bertaraf menteri ialah Presiden PAS Abdul Hadi Awang (Timur Tengah), Presiden Parti Demokratik Progresif Tiong King Sing (China), timbalan presiden SUPP Richard Riot Jaem (Asia Timur), dan presiden MIC S Vigneswaran (Asia Selatan).

‘Kami pun rakyat Malaysia’ – penduduk warga Myanmar di Bukit Malut tuntut layanan sama rata. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

‘Kami Pun Rakyat Malaysia’ – Penduduk Warga Myanmar Di Bukit Malut Tuntut Layanan Sama Rata

Kerajaan Malaysia Disenarai Negara Ke-15 Terhebat Dunia Menguruskan Perbelanjaan

Jack Ma Dilantik Sebagai Penasihat Kerajaan Malaysia Dalam Bidang Ekonomi Digital