Kerajaan kini telah memberi kebenaran kepada syarikat pengendali kasino serta syarikat nombor ramalam untuk kembali beroperasi setelah ditutup akibat perintah kawalan pergerakan (PKP 2.0), lapor InfoRakyat.

Resort World Genting (Resort World) telah mengumumkan bahawa operasi mereka kembali berjalan seperti biasa bermula jam 6 petang, 16 Februari 2021 dengan SOP yang ketat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tambahnya lagi bahawa kawasan perjudian, termasuk kasino Genting Club, dan Genting Club Private Gaming, bagaimanapun hanya dibuka kepada ahli Genting Rewards saja dan akan beroperasi antara jam 2 pagi dan 10 pagi setiap hari.

Bagaimanapun, pengusaha resort dan kasino popular itu berkata, beberapa hotel, kemudahan, tarikan dan tawaran lain akan tertakluk kepada waktu operasi yang dirombak semula, pilihan yang terhad atau penutupan sementara.

Manakala MalaysiaKini melaporkan bahawa selain Resort World, syarikat Sport Toto, Magnum Bhd dan Pan Malaysia Pools Sdn Bhd (Da Ma Cai) turut mengumumkan bahawa premis itu akan kembali beroperasi seperti biasa.

Kesemua mereka telah dibuka sejak 16 Februari lalu dan mengenakan SOP yang ketat buat para pelanggan mereka.

“Semua kedai kami akan dibuka esok (16 Feb). Jangan ketinggalan cabutan khas pada 16 Februari! Magnum 4D Jackpot kini hampir RM16 juta,” tulis Magnum di Facebook.

Bagaimanapun, PAS Wilayah Persekutuan difahamkan telah menyuarakan bantahan di atas pembukaan kasino dan pusat perjudian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), lapor Projek MM.

Pesuruhjayanya, Azhar Yahya berkata judi membawa implikasi sama dengan arak iaitu kecelakaan sosial kepada masyarakat dan dia turut mempersoalkan bagaimana kerajaan boleh membenarkan kasino dan syarikat perjudian dapat beroperasi semula.

Selain PAS, beberapa netizen di media sosial turut mempersoalkan langkah yang dibuat oleh kerajaan dengan membenarkan kasino dan syarikat nombor ramalan kembali beroperasi.

Sentuh isu perkauman dan strim permainan slot, streamer ini dikecam oleh netizen. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Sentuh Isu Perkauman Dan Strim Permainan Slot, Streamer Ini Dikecam Hebat Netizen

Iklan Guna Kata Kunci Berkait Judi Dan Burger Di Media Sosial Curi Perhatian Netizen

Rakaman Wanita Ini Minta Sedekah Sambil Berjudi Cetus Perdebatan Antara Netizen