Sebuah lagi pencapaian yang dibuat dibawah parti komponen pilihan rakyat yang baru selepas pihak kerajaan mengumumkan bersetuju untuk menyalurkan wang royalti minyak secara terus kepada kerajaan negeri meskipun ditadbir oleh negeri pembangkang.

Mengulas mengenai keputusan yang dibuat, Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata perkara tersebut telahpun dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara Tahun 2018 di Kementerian Kewangan di sini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam pada itu, jumlah peratusan royalti dan serta pembahagiannya masih belum diumumkan secara sepenuhnya. Penerimaan wang royalti ini merupakan sebuah perkara yang simbolik buat kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu selepas lama berhempas pulas untuk menuntut hak sekaligus membantu menjana pendapatan negeri.

 

Sumber