Kerajaan bercadang untuk menjadikan sekolah pondok atau sekolah agama sebagai sebuah tempat pelancongan bagi memperkuatkan imej negara dalam pasaran pelancongan Islam.

Antara kriteria yang bakal diletakkan oleh kerajaan adalah sekolah tersebut mestilah mempunyai kemudahan asrama bagi menjadi ikon pelancongan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kerajaan juga bercadang untuk memperuntukan satu ruang khas bagi para pelancong untuk tinggal dan merasai sendiri pengalaman berada di sekolah tersebut.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Mohamaddin Ketapi berkata selain daripada sekolah pondok, masjid-masjid juga akan mendapat manfaat daripada pelan ini bagi dipromosikan sebagai destinasi pelancongan.

Antara 10 masjid utama yang sering mendapat kunjungan pelancong adalah Masjid Negara di Kuala Lumpur, Masjid Putra di Putrajaya dan Masjid Selat Melaka di Melaka.

Perancangan ini boleh berkembang luas dan para pelajar boleh manfaatkan pelancong yang hadir ke sekolah mereka dengan mempelajari sisi budaya lain selain daripada yang telah dipraktikkan di sekolah.

Budaya ini boleh disuaikan dengan agama jika tidak melanggar mana-mana hukum serta mampu memberi kelebihan kepada pelajar untuk cepat menyesuaikan diri jika mereka mendapat tawaran belajar ke luar negara.

Berikut adalah cerita lain mengenai sektor pelancongan negara dan mungkin bakal menjadi destinasi anda seterusnya. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Lokasi Pelancongan Hebat Yang Anda Boleh Lawati Jika Berada Di Sabah

7 Aktiviti Pelancongan Unik Di Sarawak Yang Ramai Belum Tahu

Pengalaman Saya Mendaki Bukit Panorama Di Pahang Dengan Anak-Anak

Sumber