Tular pada minggu lalu apabila Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin mengeluarkan kenyataan yang kontroversi terhadap Veveonah Mosibin.

Pada minggu ini, beliau tampil dengan kenyataan terbaharu mengumumkan cadangan kerajaan untuk memperkenalkan cukai baharu untuk pembelian dalam talian atau online.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut sumber daripada Bernama, pihak kerajaan sedang mencadangkan caj sekitar 0.02% dikenakan terhadap pembeli yang berbelanja melalui platform dalam talian atau e-dagang seperti Shopee dan Lazada.

KL02_23072020_SPM
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin. Sumber: Bernama

Berdasarkan cadangan caj yang dikenakan, para pelanggan bakal dikenakan cukai sekitar 20 sen untuk setiap pembelian bermula daripada RM200 sehingga RM1,000.

Walau bagaimanapun, perkara ini masih lagi dalam perancangan peringkat kementerian sebelum dibentangkan serta mengelakkan daripada rakyat terbeban. Selain itu, pihak kerajaan juga sedang mencari inisiatif dalam menangani isu melibatkan scam secara dalam talian.

Untuk pengetahuan, sejak 1 Januari 2020 lalu, Malaysia telah mengenakan caj digital sebanyak 6% buat syarikat yang menjalankan servis dalam talian seperti Netflix, PlayStation Store, Google Play Store dan Facebook Ads.

Ketahui lebih lanjut mengenai kes yang tular minggu lalu mengenai kenyataan Datuk Zahidi terhadap Veveonah.

Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Mohon Maaf Kepada Veveonah

Hanya Untuk Konten YouTube, Kisah Gadis Jawab Peperiksaan Atas Pokok Disahkan Palsu

Sumber