Semenjak kejadian seorang wanita melakukan protes semasa acara automotif berlangsung pada bulan lalu, hubungan Tesla dan kerajaan China mula menjadi renggang.

Terbaharu dalam satu laporan Reuters, kakitangan di beberapa pejabat kerajaan China diberitahu untuk tidak meletakkan kenderaan Tesla mereka di dalam perkarangan premis kerajaan kerana bimbang keselamatan terhadap kamera yang dipasang pada kenderaan tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
vocket-kereta-tesla-kena-tahan-kerajaan-china-1
Sumber Gambar: electrek.co

Sekurang-kurangnya dua agensi kerajaan di Beijing dan Shanghai telah diarahkan secara lisan oleh penyelia untuk tidak meletakkan kereta elektrik Tesla mereka di tempat kerja.

Walaupun jenama kenderaan lain turut mempunyai sensor dan kamera sebagai ciri ‘bantuan pemanduan’, larangan tersebut cuma tertakluk kepada kereta jenama Tesla sahaja.

vocket-kereta-tesla-kena-tahan-kerajaan-china-2
Sumber Gambar: South China Morning Post

Pada bulan Mac, kenderaan Tesla dilarang memasuki beberapa kompleks tentera di China dengan alasan kebimbangan keselamatan terhadap kamera kenderaan tersebut.

Sehingga kini, Pejabat Penerangan Majlis Negara, wakil yang bertanggungjawab menjaga media untuk pemerintah China, atau pejabat Tesla China masih belum memberikan komen mengenai perkara ini.

Larangan itu memberikan petunjuk baru mengenai kesinambungan ‘hubungan tegang’ antara China dengan syarikat pengeluar kereta elektrik daripada US ini.

Pada bulan lalu seorang wanita telah melakukan protes ekoran permintaannya mengenai ciri keselamatan tidak diendahkan oleh pihak Tesla.

Berang Isu Brek Kereta Tesla, Wanita Ini ‘Protes’ Semasa Acara Automotif Berlangsung

Selepas Video Wanita Protes Tular, Tesla Dedahkan Log Data Kereta Mangsa Kemalangan

Bimbang Kemalangan Berlaku Lagi, Polis Halang Kereta Tesla Daripada Menggunakan Lebuh Raya

Sumber