Kerajaan China dilaporkan telah memanggil 6,000 orang pegawai perubatan ke Wuhan bagi membantu pihak berkuasa selepasĀ  wabak coronavirus telah membunuh 132 orang dan dilaporkan lebih hardcore daripada SARS.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China pada hari Selasa lalu berkata kira-kira 6,000 pegawai perubatan akan tiba ke Wuhan bagi membantu menangani isu virus di sana.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Badan kerajaan ini juga telah melaporkan bahawa bilangan kes coronavirus di tanah besar China secara rasminya telah melebihi angka kes SARS pada tahun 2003.

5e31707724306a7d8e5e7e74
Business Insider

China mempunyai 5,974 kes coronavirus, manakala jumlah kes SARS yang dicatatkan sebelum ini ialah 5,327.

Di peringkat global, jumlah kes SARS jauh lebih tinggi, dengan kira-kira 8,100 orang yang dijangkiti virus pada tahun 2003.

Justeru, kesemua pegawai perubatan yang dipanggil akan dikerahkan kekuatan dan juga kepakaran mereka dalam beberapa bidang lain.

“Pegawai perubatan yang dipanggil semuanya berbeza dalam bidang masing-masing, mereka termasuk pakar kepada pernafasan dan penyakit berjangkit,” kata Jiao Yahui, Timbalan Ketua Kesihatan untuk pentadbiran dan penyeliaan perubatan, kepada China Daily.

rk_jinyinyanhospital_280120
The Straits Times

Yahui berkata kebanyakan pegawai perubatan yang dibawa masuk itu ‘sangat berpengalaman’ dalam operasi bantuan kecemasan dan pernah membantu kerajaan China memerangi wabak SARS pada tahun 2003 serta wabak Ebola di Afrika.

China mengambil langkah agresif bagi menghalang wabak coronavirus daripada merebak ke kawasan lain. Selain Wuhan, beberapa bandar besar di sekitar wilayah Hubei telah dikenakan perintah berkurung.

Untuk anda yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai Wuhan, sila klik pautan di bawah.

Rakyat Malaysia Di Wuhan Rayu Untuk Pulang, Sedia Dikuarantin Asalkan Di Tanah Air Sendiri

China Kuarantin Wuhan, Pasar Basah Jual Produk Eksotik Didakwa Punca Tular Virus

2 Hari Ubah Suai Bangunan Lama, Hospital Coronavirus Di China Siap Sedia Beroperasi