Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani mencadangkan agar kerajaan menetapkan had pelarian Rohingnya yang berada di negara ini.

Dalam laporan yang terbit di Berita Harian itu, beliau berkata jumlah yang dibenarkan berada di negara ini perlu dibuat berdasarkan kemampuan kerajaan menguruskan pelarian tersebut.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

“Kita tak boleh terima terlalu ramai pelarian, apatah lagi jumlah etnik Rohingya di Malaysia juga sudah ramai dengan anggaran sekitar 200,000 ketika ini, apatah lagi negara sedang berdepan krisis ekonomi akibat COVID-19 ketika ini.

“Jika kerajaan menganggap angka sedia ada sebagai sudah ramai dan membebankan, maka wajar untuk angka 200,000 itu diletakkan sebagai had,” katanya kepada Berita Harian.

Tambah beliau, kerajaan juga wajar menghalang pelarian yang berkemahuan untuk masuk ke negara ini sekiranya had yang telah ditetapkan telah pun mencapai jumlah maksimum.

Hal ini katanya kerana kerajaan perlu melihat kepada beberapa aspek seperti politik, sosial, dan jenayah selain daripada perlu menanggung beban kewangan untuk menguruskan pelarian ini.

Malah, aspek yang dinyatakan ini menurutnya turut memberi kesan kepada rakyat tempatan yang berada di dalam negara.

Kenyataan itu difahamkan dikeluarkan selepas dipercayai berlaku peningkatan sentimen anti-Rohingnya dalam kalangan warga tempatan sejak kebelakangan ini.

Ia dipercayai berpunca daripada surat Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (MERHROM), Zafar Ahmad Abdul Ghani yang membuat beberapa tuntutan kepada kerajaan.

Prof Dr Mohd Azizuddin bagaimanapun pada masa sama meminta semua pihak memahami situasi pelarian Rohingnya dan tidak hanya melemparkan krtikan yang melampau terhadap etnik itu.

“Kita boleh kritik, tapi jangan sampai menghina dan membuat pelbagai dakwaan serta menyebarkan maklumat berkenaan Rohingya, yang kebanyakannya tidak benar.

“Kemarahan ini mungkin disebabkan tekanan ekonomi dihadapi ramai rakyat Malaysia kerana COVID-19, namun tidak wajar kemarahan itu dilemparkan terhadap kaum Rohingya yang juga saudara seagama kita,” katanya.

Isu pelarian Rohingnya kembali diperkatakan netizen sejak kebelakangan ini. Klik pautan di bawah untuk membaca perkongsian kami mengenainya sebelum ini. 

Dakwa Sumbang Kepada Ekonomi Negara, Isu Pelarian Rohingnya Kembali Dipertikai Netizen

Konflik Kemanusiaan, Bangladesh Halang Kapal Bawa Pelarian Rohingya Daripada Berlabuh

Anda Mungkin Suka