Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara Filipina membenarkan cetakan peta Filipina meliputi kawasan 320 kilometer Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) dan merangkumkan Sabah di dalam pasport negara itu.

Cagayan de Oro Rep. Rufus Rodriguez, individu yang bertanggungjawab menulis rang undang-undang House Bill 6399 yang akan memberi kesan kepada Akta Pasport Filipina tahun 1996 berkata bahawa pindaan ini bertujuan untuk menekan dan menegaskan hak dan sejarah Filipina ke atas Sabah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berkata kepada CNN Philippines, dia menambah bahawa dokumen perjalanan Filipina ini adalah kenyataan kuat bahawa negara tersebut menegaskan hak kedaulatan mereka di Laut Filipina Barat dan EEZ.

Ini bukanlah pertama kali Filipina bertindak menuntut Sabah dari Malaysia. Terdahulu, Setiausaha Luar Filipina telah membuat kenyataan bahawa Sabah bukan sebahagian daripada Malaysia jika anda ingin berurusan dengan Filipina.

Kenyataan itu adalah respons kepada perkongsian Twitter Kedutaan Amerika Syarikat di Filipina berkenaan sumbangan 500 kit kebersihan diri kepada rakyat Filipina yang dihantar pulang oleh Sabah dan tiba di Zamboanga City dan Bongao di Tawi Tawi.

Kenyataan itu walaubagaimanapun telah dibidas oleh Datuk Seri Hishammuddin dan mengatakan kenyataan tersebut tidak bertanggungjawab serta boleh menjejaskan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Untuk rekod, Sabah bergabung dengan Malaysia pada tahun 1963, negeri ini pernah menjadi sebahagian daripada kesultanan Sulu berabad-abad lamanya yang merangkumi Borneo Utara dan sebahagian Filipina selatan.

Terdahulu, Filipina telah bertindak membuat kenyataan bahawa Sabah bukanlah miliklah Malaysia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

‘Claim’ Sabah Bukan Milik Malaysia, Kenyataan Setiausaha Luar Filipina Ini Cetus Kontroversi