Di saat dunia sedang getir dengan pandemik COVID-19, negara India nampaknya masih lagi mengamalkan dasar diskriminasi agama dengan mengasingkan pesakit positif COVID-19 mengikut agama yang terdiri daripada penganut Muslim dan Hindu.

Situasi melibatkan diskriminasi agama ini berlaku di sebuah hospital kerajaan di Gujarat, India. Meskipun ramai yang tertanya-tanya dengan tujuan pengasingan ini dibuat, difahamkan arahan untuk mengasingkan pesakit mengikut agama ini dibuat selepas menerima arahan daripada pihak kerajaan India.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

Dalam usaha untuk mendapatkan pendedahan lanjut, pihak Al Jazeera telah berhubung dengan Jayanti Ravi selaku wakil pihak kesihatan Gujarat. Respon yang diterima nyata mengecewakan dimana pihak mereka tidak memberi sebarang jawapan mengenai tujuan utama pengasingan wad mengikut agama ini dibuat oleh kerajaan India.

Walau bagaimanapun, dikatakan para pesakit tidak mengira agama telah diberi rawatan yang baik dalam memastikan negara ini segera pulih daripada wabak COVID-19.

Screen Shot 2020-04-17 at 1.17.07 AM

Sumber: RFI

736a5d72fb574e88bb4e73289d10383c_18

Sumber: Al Jazeera

Menurut para doktor yang bertugas di hospital ini, salah satu punca pengasingan wad buat pesakit Hindu dan Muslim ini dibuat adalah disebabkan sejumlah besar pesakit yang menganut agama Hindu kurang selesa dengan perkongsian wad bersama pesakit Muslim sekaligus pengasingan dibuat bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.

Untuk pengetahuan, World Health Organization (WHO) telah mengeluarkan kenyataan untuk tidak mendiskriminasikan pesakit COVID-19 mengikut agama. Diharapkan isu melibatkan agama ini tidak menjadi penghalang buat warga India mendapat rawatan kesihatan terbaik untuk pulih daripada wabak COVID-19.

Ketahui lebih lanjut mengenai insiden perbalahan antara Muslim dan Hindu yang kecoh sebelum ini di India. Turut dikongsikan, sikap degil rakyat India antara yang membuatkan pihak berkuasa mengeluarkan perintah lockdown dijalankan.

Bagaimana Perbalahan Antara Muslim Dan Hindu Boleh Tercetus Di India Ketika Ini?

Adakah Sikap Degil Rakyat India Telah Memaksa Perintah ‘Lockdown’ Dikuatkuasakan?

Anda Mungkin Suka