“Di sini di Bali kita tidak mengiktiraf budaya itu,” kata I Gusti Agung Ketut Suryanegara, ketua Masyarakat Setempat Agensi Perintah di Kabupaten Badung selepas salah satu vila di Bali mengenakan budaya yang bertentangan dengan budaya setempat.

Villa Angelo menawarkan setiap kemudahan yang anda inginkan. Dari kolam renang sehinggalah sarapan percuma. Selain daripada menjadi perhatian pelancong, vila ini dilaporkan sedang berada di bawah pengawasan polis.

Agensi Awam Tempatan Badung dikatakan sedang menyiasat aktiviti di luar kebiasaan yang sedang berlaku di vila yang terletak berhampiran dengan Pulau Kuta.

Bertapak di Seminyak, Villa Angelo dilaporkan telah mengenakan polisi yang khusus untuk komuniti gay.

Dalam satu kenyataan, Suryanegara mengeluarkan arahan bahawa dasar itu tidak sepadan dengan budaya yang ada di Bali.

“Laman web mereka menyoroti vila seperti khusus untuk komuniti gay, di sini di Bali kita tidak mengenali budaya itu,” katanya.

Dalam laporan lain pula dinyatakan bahawa sekurang-kurangnya tiga tempat penginapan yang lain turut disiasat oleh pihak berkuasa.

Walau bagaimanapun, tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa ini tidak diterima ramai. Sesetengah daripada mereka kecewa dengan tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa.

Beberapa netizen meluahkan perasaan terkejut dan berjanji tidak akan datang lagi ke Bali. Manakala yang lain meminta pihak berkuasa berkompromi dengan pihak vila.

Sentimen anti-LGBT semakin berkembang di Indonesia biarpun ia tidak menyalahi undang-undang. Kes terbaharu melibatkan warganegara Indonesia, Reynhard Sinaga menjadi bualan minggu lalu sehingg sekarang.

Ramai yang mengutuk tindakan beliau yang merogol hampir 190 lelaki ketika belajar di United Kingdom. Klik pautan di bawah jika anda mahu membacanya.

Lelaki Warga Indonesia Dijatuhkan Hukuman 30 Tahun Penjara Selepas Merogol 136 Lelaki