Menteri Penyelaras Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Indonesia (Menko PMK) Muhadjir Effendy menuduh Malaysia mahu mengiktiraf budaya Reog Ponorogo sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

“Bagi Reog, negeri Malaysia bercadang untuk turut mengiktirafkannya, oleh itu kita mesti terlebih dahulu. Sebab ini sudah menjadi budaya dan warisan kita,” kata Muhadjir, seperti yang dilaporkan oleh Asumsi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Oleh itu, Muhadjir meminta agar Pemerintah Daerah Ponorogo segera mengusulkan Reog Ponorogo kepada UNESCO dan menyiapkan data yang diperlukan.

Seni Reog Ponorogo adalah calon tunggal Warisan Budaya Tak Ketara (ICH) yang akan dicadangkan Indonesia kepada UNESCO. Sebelum ini, Reog Ponorogo disenaraikan sebagai Warisan Budaya Tak Benda Indonesia oleh Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia pada 2013.

Bagaimanapun, di Malaysia keadaannya sedikit berbeza. Reog adalah sejenis budaya yang tidak diambil peduli oleh rakyat di sini. Malah perbincangan untuk mengiktiraf tarian ini juga tidak berlaku. Tidak pasti di mana asas tuduhan yang dilemparkan oleh Muhadjir ini, ia juga dilihat seolah mempunyai niat yang tidak baik ditengah-tengah pergolakan kedua negara dengan isu Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN.

Difahamkan, selepas tuduhan tidak berasas ini. Terdapat beberapa laman sosial media milik rakyat Malaysia diserang oleh netizen Indonesia. Mereka melemparkan caci maki dan ada juga yang meminta Malaysia untuk mencari budayanya sendiri.

Tarian Reog Ponogoro itu apa?

Memetik laporan Kompas, Reog atau Reyog dikatakan berasal daripada perkataan Riyokun yang bermaksud khusnul khotimah yang diambil daripada kisah perjuangan Raden Katong untuk mengalahkan Ki Ageng Kutu yang tidak jauh dari maksud tarian tradisional ini yang menceritakan tentang peperangan.

Namun ada juga yang menafsirkan tarian ini sebagai sindiran Ki Ageng Kutu kepada Raja Brawijaya V yang tunduk kepada isterinya. Raja Brawijaya V diibaratkan seperti harimau yang ditunggangi burung merak, sedangkan pasukan Majapahit diwakili oleh penari jathil dengan kudanya.

Tarian Reog Ponorogo dimainkan dengan iringan gamelan dan lagu tradisional. Oleh itu, biasanya dalam iringan tarian terdapat dua kumpulan iaitu pemain gamelan dan penyanyi. Manakala sifat tarian yang digunakan juga berbeza bagi setiap penari. Penari Barongan memakai kostum ditambah topeng Singo Barong dan Merak Dadak.

Reog Ponorogo adalah seni pertunjukan tradisional masyarakat Ponorogo yang di dalamnya terdapat unsur warok, jatil, bujangganong, kelanasewandana, dan penari barongan. Tarian ini diiringi dengan seperangkat alat pengiring Reog khas Ponoragan yang terdiri dari gendang, kempul (gong), kethuk-kenong, slompret, tipung, dan angklung.

Microsoft label rakyat Indonesia sebagai orang paling tidak sopan di Asia Tenggara. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Microsoft Label Rakyat Indonesia Sebagai Orang Paling Tidak Sopan Di Asia Tenggara, Ini Sebabnya

Indonesia ‘Claim’ Muhyiddin Sebenarnya Berasal Dari Riau Dan Berketurunan Bugis

Batik Ada Di Negara Lain Juga, Kata Miss World Malaysia Pada ‘Haters’ Dari Indonesia