Coronavirus telah tersebar di seluruh dunia dan merupakan ancaman terbesar dunia setakat ini.

Wakil Presiden Indonesia, Ma’aruf Amin memberi pujian kepada semua kerana Indonesia masih terhindar dari wabak coronavirus. Namun, salah satu pujian diberikan khusus kepada golongan ulama yang selalu membaca doa qunut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Banyak kyai dan ulama yang selalu membaca doa qunut. Saya juga begitu baca doa qunut untuk menjauhkan bala, bahaya, wabak-wabak dan penyakit. Makanya Corona mampu terhindar di Indonesia,” kata Ma’ruf ketika merasmikan Kongres Umat Islam Indonesia ke-VII di Novotel Bangka, Rabu Malam, 26 Februari 2020.

https://twitter.com/BeritaCOVID19/status/1232892525335040007

Ma’aruf juga menghamburkan kata-kata pujian kepada Menteri Kesihatan Indonesia, Terawan Agus Putranto yang telah bekerja keras bagi menghalang wabak ini daripada masuk ke Indonesia.

“Supaya Indonesia tidak terkena wabak Corona, beliaulah penjaga gawang. Padahal negara lain sudah terkena, seperti di Cina dan Jepun, Amerika, Singapura dan negara lain.” Katanya.

Beliau turut memuji sikap kerjasama di antara semua pihak adalah kunci kepada kejayaan Indonesia tidak terkena wabak ini.

Berikut adalah cerita lain mengenai Indonesia, klik pautan di bawah untuk membaca.

Berjaya Miliki Rumah Dan Kedai Di Indonesia, Lelaki Ini Bersyukur Dapat Bekerja Di Malaysia

Pelakon Malaysia Dan Indonesia, Ashraf Sinclair Meninggal Dunia