Kerajaan Jepun menyuarakan kebimbangan dengan generasi muda masa kini yang kurang mengambil alkohol sehinggga memberi kesan kepada jualan arak dan kutipan cukai. Kebimbangan ini telah membawa pemerintah Jepun kepada satu kempen yang dilancarkan untuk menghidupkan semula budaya minum arak di Jepun, lapor NPR.

Kempen yang diberi nama sebagai “Sake Viva!” khas untuk anak muda berumur 20-39 diharapkan dapat memberi kesan kepada budaya minum di Jepun. Pentadbiran Cukai Negara Jepun, pengelola acara ini, menjemput semua anak untuk menghasilkan idea kreatif yang boleh meningkatkan minat rakan sebaya mereka terhadap minuman beralkohol.

Sejak 1989, penurunan dalam kadar pengunaan minuman keras telah turun di negara matahari terbit itu. Kesan penurunan ini menjadi lebih teruk apabila Jepun dilanda wabak COVID-19, di mana pada 2020, kerajaan Jepun hanya mengutip 1.7 peratus cukai, berbanding 3.5 peratus pada kira-kira sedekad lalu.

Bagaimanapun, kempen ini telah mendapat reaksi negatif daripada masyarakat Jepun dan mereka beranggapan kempen ini bakal mengorbankan kesihatan anak muda. Ryo Tsukamoto, jurucakap Bahagian Cukai Arak, menafikan dakwaan itu. Menurutnya, langkah ini diambil hanya untuk menggalakkan pertumbuhan industri.

Pakar ekonomi Hidetomi Tanaka pula kata dia “malu” melihat Jepun mengambil langkah yang bertentangan dengan trend global yang menggalakkan golongan muda untuk menjalani gaya hidup sihat. Beliau melihat tindakan agensi cukai ini hanya akan membawa maut kepada anak muda.

‘Perfume’ dengan aroma gadis sekolah sedang jadi kegilaan lelaki Jepun. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

‘Perfume’ Dengan Aroma Gadis Sekolah Sedang Jadi Kegilaan Lelaki Jepun

Kamagasaki, Bandar Yang ‘Dipadam’ Daripada Peta Jepun

Bagaimana Selipar ‘Jepun’ Tat Sing Beri Ilham Kepada Rekaan Jenama Selipar Seluruh Dunia