Selepas hampir dua tahun pembeli kenderaan mendapat ‘diskaun’, akhirnya kerajaan umumkan cukai tersebut bakal berakhir pada 30 Jun ini. Bagaimanapun, tempoh pendaftaran kenderaan bagi menikmati insentif pengecualian cukai itu dilanjutkan sehingga 31 Mac 2023.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata lanjutan tempoh pendaftaran kenderaan itu adalah satu penyelesaian titik tengah bagi mengimbangi kepentingan pengguna dan hasil cukai negara yang perlu ditingkatkan semula pasca-pandemik bagi memastikan kebajikan rakyat dan kesejahteraan ekonomi negara terus terpelihara.

Ekoran seluruh dunia sedang menghadapi masalah kekurangan cip mikro semikonduktor yang digunakan secara meluas merentas beberapa industri termasuk industri automotif.

Sumber Gambar: Facebook Tunku Zafrul Aziz

“Sebanyak 264,000 unit kenderaan yang ditempah di dalam tempoh pengecualian ini masih belum siap pemasangan dan tidak dapat dibekalkan kepada pembeli.

“Sehubungan itu, bagi membolehkan pembeli yang membuat tempahan kenderaan sehingga 30 Jun 2022 terus menikmati insentif pengecualian cukai jualan ini, sukacita dimaklumkan bahawa tempoh pendaftaran kenderaan itu di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini dilanjutkan sehingga 31 Mac 2023,” katanya dalam satu kenyataan.

Tengku Zafrul berkata, bagi mengekal dan meningkatkan momentum permintaan dan jualan kenderaan penumpang yang terjejas akibat pandemik COVID-19, kerajaan telah memperkenalkan pengecualian sepenuhnya cukai jualan ke atas kenderaan penumpang bagi pemasangan tempatan (CKU) dan potongan 50% ke atas kenderaan penumpang import (CBU) sejak 15 Jun 2020 dan akan berakhir pada 30 Jun 2022 ini.

Beliau berkata, setakat ini, sebanyak 868,422 unit kenderaan telah terjual dan rakyat telah mendapat manfaat pengecualian cukai jualan berjumlah RM4.7 bilion.

Bagi anda yang mempunyai hasrat untuk membeli kenderaan baharu, rebutlah peluang keemasan ini sebelum ia berakhir pada minggu hadapan.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sementara itu Menteri Pengangkutan menyatakan rakyat masih belum bersedia dengan dasar ‘pelupusan kenderaan berusia 10 tahun’ yang diusulkan oleh pakar. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Rakyat Masih Belum Bersedia, Menteri Minta Kaji Dasar ‘Lupuskan Kenderaan Tua’ Diperincikan

‘Data Diambil Sejak Zaman British’ – Bekas Menteri Pengangkutan Pertikai Jumlah Sebenar Kenderaan Di Malaysia

Kelibat Honda City ‘Gojek’ Di Ibu Kota, Adakah Ia Bakal Ditawarkan Di Malaysia?

Sumber